Besbol
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium besbol Fenway Park di bandar raya
Boston.
Besbol (
bahasa Inggeris:
baseball) merupakan sukan jenis "pukul dan bola" (
bat-and-ball)
yang dimainkan oleh dua pasukan. Satu pasukan dianggotai oleh sembilan
pemain. Matlamat utama besbol adalah untuk mengumpulkan markah (
run) dengan memukul bola yang dilempar menggunakan tongkat pemukul (
bat) lalu mengelilingi keempat-empat tapak (
base) yang terletak di sudut-sudut sebuah segi empat (
diamond).
Pemain-pemain dalam pasukan memukul bergilir-gilir cuba memukul bola
yang dilontar oleh pelempar dari pasukan lain, iaitu pasukan pemadang.
Pasukan pemadang pula cuba menghalang pasukan pemukul daripada mengumpul
markah dengan "mematikan" (
out) pemukul-pemukul melalui
cara-cara tertentu. Kedua-dua pasukan beralih antara memukul dan
memadang setiap kali pasukan memadang berjaya mematikan tiga pemukul.
Pasukan-pasukan mempunyai sembilan giliran (atau dikenali sebagai
"pusingan,"
inning) untuk memukul dan memadang. Biasanya
(terutamanya pada tahap profesional), satu perlawanan terdiri daripada
sembilan pusingan. Pasukan yang berjaya mengumpulkan markah terbanyak
selepas pusingan terakhir menang.
Besbol dianggap sebagai
sukan pasukan yang paling popular di
Jepun dan
Cuba, serta antara paling popular di
Amerika Syarikat. Liga profesional besbol di
Amerika Utara dikenali sebagai
Major League Baseball (MLB). Kejuaraan MLB dipertikaikan antara dua pasukan dalam satu siri perlawanan yang dikenali sebagai
World Series. Besbol menjadi sukan
Olimpik pada pada
1992 tetapi dikeluarkan sejak
2008. Sejak
2005,
Klasik Besbol Dunia (World Baseball Classic) diadakan setiap empat tahun dan merupakan kejohanan dunia antara pasukan negara utama dalam sukan ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar